Wednesday, January 13, 2010

Keistimewaan Burung Layang-Layang @ Walit

Keistimewaan utama burung walit ialah sarang yang diperbuat daripada air liurnya yang telah menjadi ubat tradisional sejak dahulu kala terutamanya di China. Namun, kini ia telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Ini telah menjadikan nilai harganya amat tinggi sehingga mencecah RM 7000.00 sekilogram.

Monday, December 7, 2009

Mengapa sarang burung secara penternakan lebih baik dari sarang burung gua?

Sarang burung secara penternakan adalah dipercayai mempunyai kualiti yang lebih tinggi daripada sarang burung di gua-gua. Jika dilihat daripada aspek kekotoran semula jadi, kandungan kotoran bulu-bulu burung daripada sarang burung di gua-gua adalah lebih tinggi berbanding sarang burung penternakan. Ini kerana rumah perternakan sarang burung lazimmya diselenggara dengan baik berbeza dengan habitat di gua-gua. Hasil sarang burung secara penternakan adalah lebih elok kerana kurang terlekat kotoran dan bulu burung.